Sekolah Kebangsaan
Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah
Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah
rendah.
Sekolah Kluster
Sekolah kluster
satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang
dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian
murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan
sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang
boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di
luar klusternya.
Sekolah Jenis Kebangsaan
Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar.
Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari
tahun 1995 hingga 2000, pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh
membahagikan 96.5% kepada Sekolah Kebangsaan yang hanya mempunyai 75%
daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (21%
daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada pengagihan
manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah
rendah) mendapat 1% daripada pengagihan.
Sekolah Wawasan
Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah
sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan
adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan
tetapi, kebanyakan orang Cina dan orang India membantah Sekolah Wawasan
kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan
bahasa ibunda di sekolah.
Sekolah Agama Islam
Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam
lain merupakan bentuk sekolah asal di Malaysia. Sekolah-sekolah
sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan sebahagian daripada
pelajaran kanak-kanak di kawasan bandar. Pelajar di kawasan luar bandar
masih belajar di sekolah-sekolah ini. Oleh sebab keputusan pelajaran di
sekolah-sekolah ini tidak diterima oleh kebanyakan universiti di
Malaysia, kebanyakan pelajar ini perlu melanjutkan pelajaran ke kawasan
seperti Pakistan atau Mesir.
Sekolah Mubaligh
Sekolah Bestari
Sekolah bestari cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.
Sekolah Teknik dan Vokasional
Sekolah Menengah Teknik
dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai
kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga
kerja dalam bidang industri Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia
menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi
separa profesional atau profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan
kejuruteraan.
Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah berasrama penuh (SBP) serta Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM) merupakan sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk
pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR.
Terima kasih, ini sangat membantu dalam pengetahuan saya
ReplyDeleteTerima kasih, ini dapat menambah pengetahuan yg sedia ada..
ReplyDeleteTerima Kasih
ReplyDelete